Jul 8, 2017

Jul 2, 2017

Filem Bollywood Mohenjo Daro Lakonan Hrithik Roshan

Mohenjo Daro, Filem, Movie, Bollywood, Review, Pelakon, Hrithik Roshan, Pooja Hegde, Tamadun Lembah Indus, Sejarah,
Filem Bollywood Mohenjo Daro Lakonan Hrithik Roshan

Baru - Baru ini aku ada menonton filem Bollywood yang bertajuk Mohenjo Daro lakonan Hrithik Roshan yang disiarkan di TV.  Tajuk filem ini mengingatkan aku pada mata pelajaran Sejarah hehehe, dimana Mohenjo Daro ini adalah salah sebuah penempatan kota terbesar di Tamadun Lembah Indus yang kini terletak di Sindh Pakistan. Ianya juga adalah sebuah penempatan bandar terawal di dunia yang wujud sezaman dengan Tamadun Mesir Purba, Mesopotamia dan Crete. Jadi dah nama filem pun Mohenjo Daro kan, so latar tempat filem ini juga memang digambarkan seperti betul - betul berada pada zaman tamadun Lembah Indus tersebut. Heroin filem ini adalah Pooja Hegde yang debut buat pertama kalinya dalam Industri Bollywood menerusi filem ini. Sebelum ini Pooja Hegde banyak berlakon dalam filem Telegu. Filem Mohenjo Daro ini release pada 12 Ogos 2016 dan diarahkan oleh Ashutosh Gowariker. Apa pun pujian buat pengarah filem ini kerana bukan senang nak menghasilkan filem yang berlatarbelakangkan zaman sejarah ni sebab perlu melakukan banyak kajian, perlu berjumpa dan berbincang dengan pakar - pakar arkeologi, pakar sejarah dan sebagainya sebelum menghasilkan filem yang bergenre sebegini.

Hrithik Roshan dah pernah berlakon di bawah arahan Ashutosh Gowariker sebelum ini iaitu dalam filem Jodha Akhbar (2008). Walaubagaimanapun aku rasa jalan cerita filem ini sedikit bosan bagi aku, malah aku hampir nak tertidur di bahagian penghujung filem ini hahaha. Tapi sebagai peminat sejarah, aku memang suka bila filem yang bergenre sejarah seperti ini semakin banyak dihasilkan di Bollywood. Sekurang - kurangnya aku dah menonton filem ini dan dapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang bagaimana rupa Tamadun Lembah Indus itu dan juga struktur bangunannya yang unik. Dari segi muzik, lagu tema / OST Mohenjo Daro ini adalah ciptaan komposer hebat A.R. Rahman, walaubagaimanapun tiada lagu yang berjaya menarik perhatian aku sebab aku rasa semuanya biasa - biasa saja. Secara keseluruhannya aku bagi 5.7 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini.

Jul 1, 2017

New Template For This Blog

My Blog, New Template, Berwajah Baru, 2017, New Look,
New Template For This Blog

Berkurun lama aku tak update blog ini hahaha, walaupun aku khususkan blog ini untuk join giveaway / contest / segmen anjuran para blogger tapi aku stil jarang update blog ni. Inilah masalahnya kalau dah ada banyak blog hahaha. Aku ada 3 blog kot, iaitu Blog Miss Banu Story yang merupakan blog utama, satu lagi blog ini dan lastly blog yang masih baru yang aku khususkan untuk dijadikan blog untuk apply Google Adsense nanti. Blog ketiga tu masih dalam proses edit dan juga entry2 disitu memang panjang karangannya maklumlah nak pikat google adsenselah katakan. Jadi untuk mengembalikan semangat yang hilang untuk update blog ni, maka aku tukar template blog ini untuk berwajah baru supaya aku makin bersemangat nak update blog ini hehe. Blog ini juga aku khususkan untuk sebagai backup kepada blog utama dan juga sebagai blog untuk try and error apa - aapa template baru gitu. Aku harap lepas ni follower pun makin bertambah dan begitu juga trafik blog ini. Banyak benda yang nak kena edit dalam blog ini sebab baru tukar template kan, so aku try edit secara slow - slow dulu. Apa pun semoga aku terus rajin mengupdate blog ini nanti. Amin..

Jun 30, 2017

Jan 29, 2017

May 18, 2016